Wednesday 25 March 2009

KEK HATI PARI

KEK HATI PARI
dari dayang jack dari myresepi

Bahan-bahan ( loyang 9 inci );

10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
8 sb gula hitam/browning sugar
1 kati / 600 g kismis hitam
1/2 tin susu pekat manis
6 gelas gula halus
** jika ingin guna rempah kek - 3 sudu teh- add by yatt)

Cara-cara ;

Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
mengukus 4jam 30min
***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.