Monday 24 August 2009

BUBUR LAMBUK

Bubur lambuk

quinnie@myresipi.com
tengok kat tv..pakcik yg masak ni..pakcik yg masak bubur lambuk kat kg baru..
Created on : 06-09-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( sekeluarga )
1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara-cara
panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.